Senin, 26 September 2011

Hikmah Bersholawat

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh karena itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.”
(al-Ahzab 56)


Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya, ”Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehingalah mereka selesai berselawat.”
  •     Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
  •     Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.
  •     Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
  •     Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi.
  •     Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
  •     Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
  •     Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
  •     Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.
  •     Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
  •     Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat.
  •     Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
  •       Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
  •     Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
  •     Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
  •     Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.
  •     Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya.
  •     Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
  •     Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
  •     Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga.
Ikhwah, Imam Ibnu Mandah dalam "al-Fawaaid", Imam al-Ashbahaani dalam "at-Targhib", Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" dan Imam al-Baihaqi dalam "Hayatul Anbiya" meriwayatkan satu hadits daripada Sayyidina Anas r.a. bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapa bersholawat ke atasku 100 kali pada hari Jumaat dan malam Jumaat, nescaya ditunaikan Allah baginya 100 hajat, 70 dari hajat-hajat akhirat dan 30 dari hajat-hajat dunia. Kemudian Allah wakilkan seorang malaikat untuk menghadapku dengan membawa sholawat-sholawat tersebut dalam kuburku sebagaimana menghadap orang membawa hadiah kepada kamu, bahawasanya ilmu/pengetahuanku setelah mati sama seperti ilmu/pengetahuanku sewaktu aku hidup."

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More